“Dia telah membeli akhirat dengan dunia, dan mengutamakan
keridhaan Allah dan Rasul atas segala-galanya.” (Mu’arrikhin).
SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY, termasuk seorang pemuda di antara
ribuan orang yang pergi ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong
ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman
mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, iaitu seorang sahabat Nabi yang mereka jatuhi
hukuman tanpa alasan.
Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id maju menerobos
orang banyak yang berdesak-desakan. Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar
dengan tempat duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan
bin Umayyah dan lain-lain.
Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, anak anak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas ke kalahan mereka dalam perang Badar.
Ketika tawanan yang mereka giring sampai ke tiang salib yang telah
disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said
mendengar suara Khubaib berkata dengan mantap, “Jika kalian bolehkan, saya
ingin shalat dua raka’at sebelum saya kalian bunuh....”
Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah). Dia
shalat dua raka’at. Alangkah bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat,
Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah!
Seandainya kalian tidak akan menuduhku melama-lamakan shalat untuk
melambat-lambatkan waktu kerana takut mati, nescaya saya akan shalat lebih
banyak lagi.” Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy
naik darah, bagaikan hendak mencencang-cencang tubuh Khubaib hidup hidup.
Kata mereka, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau,
kemudian engkau kami bebaskan?”
“Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak
saya, sementara Muhammad tertusuk duri....,” jawab Khubaib mantap.
“Bunuh dia...! Bunuh dia...!” teriak orang banyak.
Sa’id melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang salib. Dia
mengarahkan pandangannya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah
mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan disisakan seorang jua pun!”
Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir
di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan pedang
dan tikaman tombak yang tak terbilang jumlahnya.
Kaum kafir Quraisy kembali ke Makkah biasa-biasa saja. Seolah-olah
mereka telah melupakan peristiwa maut yang merenggut nyawa Khubaib dengan
sadis. Tetapi Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy yang baru meningkat usia remaja tidak
dapat melupakan Khubaib walau agak sedetikpun. Sehingga dia bermimpi melihat
Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua raka’at
dengan khusyu’ dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya
rintihan suara Khubaib mendo‘akan kaum kafir Quraisy. Kerana itu Sa’id ketakutan
kalau-kalau Allah swt. segera mengabulkan do’a Khubaib, sehingga petir dan halilintar
menyambar kaum Quraisy.
Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada
Sa’id beberapa hal yang belum pernah diketahuinya selama ini. Pertama, hidup
yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan
‘akidah itu sampai mati. Kedua, iman yang telah terhunjam dalam di hati seorang
dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa. Ketiga, orang yang paling
dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang dikukuhkan dari
langit. Sejak itu Allah swt. membukakan hati Sa’id bin ‘Amir untuk menganut
agama Islam.
Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan:
alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala. Kerana itu dia tidak mahu
terlibat dalam kebodohan itu. Lalu dibuangnya berhala-hala yang dipujanya
selamaini. Kemudian diumumkannya bahwa mulai sa‘at itu dia masuk Islam.
Tidak lama sesudah itu, Sa id menyusul kaum muslimin hijrah ke
Madinah. Di sana dia senantisasa mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang
bersama beliau, mula mula dalam peperangan Khaibar. Kemudian dia selalu turut
berperang dalam setiap peperangan berikutnya.
Setelah Nabi saw. berpulang ke rahmatullah, Sa’id tetap menjadi
pembela setia Khalifah Abu Bakar dan ‘Umar. Dia menjadi teladan satu-satuya
bagi orang orang mu’min yang membeli kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia.
Dia lebih mengutamakan keridhaan Allah dan pahala daripada-Nya di atas segala
keinginan hawa nafsu dan kehendak jasad. Kedua Khalifah Rasulullah, Abu Bakar
dan ‘Umar bin Khaththab, mengerti bahwa ucapan-ucapan Sa’id sangat berbobot,
dan taqwanya sangat tinggi. Kerana itu keduanya tidak keberatan mendengar dan
melaksanakan nasihat-nasihat Sa ‘id.
Pada sutu hari di awal pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khaththab,
Sa’id datang kepadanya memberi nasihat.
Kata Sa’id, “Ya ‘Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah
manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menjalankan agama Allah! Jangan
berkata berbeda dengan perbuatan. Kerana sebaik-baik perkataan ialah yang
dibuktikan dengan perbuatan.
Hai Umar! Tujukanlah seluruh perhatian Anda kepada urusan kaum
muslimin baik yang jauh mahupun yang dekat. Berikan kepada mereka apa yang Anda
dan keluarga sukai. Jauhkan dari mereka apa-apa yang Anda dan ke luarga Anda
tidak sukai. Arahkan semua karunia Allah kepada yang baik. Jangan hiraukan
cacian orang-orang yang suka mencaci.”
“Siapakah yang sanggup melaksanakan semua itu, hai Sa’id?” tanya
Khalifah ‘Umar.
“Tentu orang seperti Anda! Bukankah Anda telah dipercayai Allah
memerintah ummat Muhammad ini? Bukankah antara Anda dengan Allah tidak ada lagi
suatu penghalang?” jawab Sa’id meyakinkan.
Pada suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil Sa’id untuk diserahi
suatu jabatan dalam pemerintahan.
“Hai Sa’id! Engkau kami angkat menjadi Gubernur di Himsh!” kata
Khalifah Umar.
“Wahai ‘Umar! Saya memohon
kepada Allah semoga Anda tidak mendorong saya condong kepada dunia,” kata Sa’id.
“Celaka Engkau!” balas ‘Umar marah. “Engkau pikulkan beban
pemerintahn ini di pundakku, tetapi kemudian Engkau menghindar dan membiarkanku
repot sendiri.”
“Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan Anda,” jawab Sa’id.
Kemudjan Khalifah ‘Umar melantik Sa ‘Id menjadi Gubernur di Himsh.
Sesudah pelantikan, Khalifah ‘Umar bertanya kepada Sa’id, “Berapa
gaji yang Engkau inginkan?”
“Apa yang harus saya perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Mu’minin?”
jawab Sa’id balik
bertanya. “Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup?”
Tidak berapa lama setelah Sa ‘id memerintah di Himsh, sebuah
delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari
penduduk Hims yang di tugasi Khalifah mengamat-amati jalannya pemerintahan di
Himsh.
Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta
daftar fakir miskin Himsh untuk diberikan santunan. Delegasi mengajukan daftar
yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan,
dan nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy.
Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Sa’id
bin ‘Amir Al- Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa ‘id bin ‘Amir yang kalian
cantumkan ini?” “Gubernur kami! “jawab mereka.
“Betulkah Gubernur kalian miskin?” tanya khalifah heran.
“Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya
tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),”jawab mereka
meyakinkan.
Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air
mata beliau meleleh membasahi jenggotnya. Kemudian beliau mengambil sebuah
pundi-pundi berisi uang seribudinar.
“Kembalilah kalian ke Himsh. Sampaikan salamku kepada Gubernur Sa’id
bin ‘Amir.
Dan uang ini saya kirim kan untuk beliau, guna meringankan
kesulitan-kesulitan rumah tangganya” ucap ‘Umar sedih.
Setibanya di Himsh, delegasi itu segera menghadap Gubernur Sa’id,
menyampaikan salam dan uang kiriman Khalifah untuk beliau Setelah Gubernur Sa ‘id
melihat pundi-pundi berisi uang dinar, pundi-pundi itu dijauhkannya dari
sisinya seraya berucap, ‘inna lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah,
pasti kembali kepada Allah).”
Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang
menimpanya. Kerana itu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, “Apa yang
terjadi, hai ‘Sa ‘Id? Meninggalkah Amirul Mu ‘minin?”
“Bahkan lebih besar dan itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentara
muslimin kalah berperang?” tanya Isterinya pula.
“Jauh lebih besar dri itu!” jawab Sa’id tetap sedih. ‘Apa pulakah
gerangan yang Iebih dari itu?” tanya isterinya tak sabar.
‘Dunia telah datang untuk merusak akhiratku. Bencana telah
menyusup ke rumahtangga kita,’ jawab Sa’id mantap.
“Bebaskan dirimu
daripadanya! “ kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal
adanya pundi pundi uang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar untuk pri badi suaminya.
“Mahukah Engkau menolongku berbuat demikian?” tanya Sa ‘id.
‘Tentu...;! “jawab isterinya bersemangat.
Maka Sa’id mengambil pundi-pundi uang itu, lalu disuruhnya
isterinya membagi-bagi kepada fakir miskin.
Tidak berapa lama kemudian, Khalifah ‘Umar berkunjung ke Syria,
mengininspeksi pemerintahan di sana. Dalam kunjungannya itu beliau.
menyempatkan diri singgah di Himsh
Kota Himsh pada masa itu dinamai orang pula “Kuwaifah (Kufah
kedil)”, kerana rakyat nya sering melapor kepada pemerintah pusat dengan kelemahan-kelemahan
Gubernur mereka, persis seperti kelakuan masyarakat Kufah.
Tatkala Khalifah singgah di sana, rakyat mengelu-elukan beliau,
mengucapkan Selamat Datang.
Khalifah bertanya kepada rakyat, “Bagaimana penilaian
Saudara-Saudara terhadap kebijakan Gubernur.
“Ada empat macam kelemahan yang hendak kami laporkan kepada
Khalifah,” jawab rakyat.
“Saya akan pertemukan kalian dengan Gubernur kalian,” jawab
Khalifah ‘Umar sambil mendo’a: “Semoga sangka baik saya selama ini kepada Sa’id
bin ‘Amir tidak salah.”
Maka tatkala semua pihak—iaitu Gubernur dan masyarakat—telah
lengkap berada di hadapan Khalifah, beliau bertanya kepada rakyat, “Bagaimana
laporan sau dara-saudara tentang kebijakan Gubernur Saudara-sau dara?”
Pertanyaan Khalifah dijawab oleh seorang Juru Bicara.
Pertama: Gubernur selalu tiba di tempat tugas setelah matahari
tinggi.
“Bagaimana tanggapan Anda mengenai lapor’an rakyat Anda itu, hai
Sa ‘id?” Tanya Khalifah.
Gubernur Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy diam sejenak. Kemudian dia
berkata: “Sesungguhnya saya keberatan menanggapinya. Tetapi apa boleh buat..
Keluarga saya tidak mempunyai pembantu. Kerana itu tiap pagi saya terpaksa
turun tangan membuat adonan roti lebih dahulu untuk mereka. Sesudah adonan itu
asam (siap untuk dimasak), barulah saya buat roti. Kemudian saya berwudhu’. Sesudah
itu barulah saya berangkat ke tempat tugas untuk melayani masyarakat.”
“Apa lagi laporan Saudara-saudara?” tanya Khalifah kepada hadirin.
Kedua, Gubernur tidak bersedia melayani kami pada malam hari.”
“Bagaimana pula tanggapan Anda mengenai itu, hai Sa’id?” tanya
khalifah.
“ Ini sesungguhnya lebih berat bagi saya menanggapinya, terutama
di hadapan umum
seperti ini,” kata Sa ‘id. “Saya telah membagi waktu saya, siang
hari untuk melayani masyarakat,
malam hari untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah,”
lanjut Sa ‘id
“Apa lagi,” tanya Khalifah kepada hadirin.
Ketiga: Gubernur tidak masuk kantor sehari penuh dalam sebulan.
“Bagaimana pula tanggapan Anda, hai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.
“Sebagaimana telah saya terangkan tadi, saya tidak mempunyai
pembantu rumah tangga. Di samping itu saya hanya memiliki sepasang pakaian yang
melekat di badan ku ini.
Saya mencucinya sekali sebulan. Bila saya mencucinya, saya
terpaksa menunggu kering lebih dahulu. Sesudah itu barulah saya dapat keluar
melayani masyarakat,” ucap Said.
‘Nah, apa lagi laporan selanjutnya?” tanya Khalifah.
Keempai: Sewaktu-waktu Gubernur menutup diri untuk bicara. Pada
saat-saat seperti itu, biasanya beliau pergi meninggalkan majlis.”
“Silakan menanggapi, hai Gubernur Said!” kata Khali fah ‘Umar.
“Ketika saya masih musyrik dulu, saya pernah menyaksikan almarhum
Khubaib bin ‘Ady dihukum mati oleh kaum Quraisy kafir. Saya menyaksikan mereka
menyayat-nyayat tubuh Khubaib berkeping-keping. Pada waktu itu mereka bertanya
mengejek Khubaib, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian
engkau kami bebaskan?”
Ejekan mereka itu dijawab oleh Khubaib, “Saya tidak ingin
bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad
tertusuk duri ...“
‘Demi Allah...!” kata Sa’id. “Jika saya teringat akan peristiwa ,
di waktu mana saya membiarkan Khubaib tanpa membelanya sedikit jua pun, maka
saya merasa, bahwa dosaku tidak akan diampuni Allah swt.”
Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakanku,” kata Khalifah ‘Umar
mengkahiri
dialog itu.
Sekembalinya ke Madinah, Khalifah ‘Umar mengirimi Gubernur Sa’id
seribu dinar untuk memenuhi kebutuhannya.
Melihat jumlah uang sebanyak itu, isterinya berkata kepada Sa’jd, “Segala
puji bagi Allah yang mencukupi kita berkat pengabdianmu. Saya ingin uang ini
kita per gunakan untuk membeli bahan pangan dan kelengkapan kelengkapan
lain-lain. Dan saya ingin pula menggaji seorang pembantu rumah tangga untuk
kita.”
“Adakah usul yang lebih baik dan itu?” tanya Sa’id kepada
isterinya.
“Apa pulakah yang lebih baik dari itu? “ jawab isterinya balik
bertanya.
“Kita bagi-bagikan saja uang ini kepada rakyat yang
membutuhkannya. Itulah yang lebih baik bagj kita,” jawab Sa’id.
“Mengapa....?” tanya isterinya.
‘Dengan begitu berarti kita mendepositokan uang ini kepada Allah.
Itulah cara yang lebih baik,” kata Said.
“Baiklah kalau begitu,” kata isterinya. “Semoga kita dibalasi
Allah dengan balasan yang paling baik.”
Sebelum mereka meninggalkan majlis, uang itu dimasukkan Sa ‘Id ke
dalam beberapa pundi, lalu diperintah kannya kepada salah seorang keluarganya: ‘Pundi
ini berikan kepada janda si Fulan. Pundi ini kepada anak yatim Si Fulan. Ini kepada
si Fulan yang miskin... dan seterusnya.”
Semoga Allah swt. meridhai Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy. Dja telah
membeli akhirat dengan menghindari godaan kemewahan dunia, dan mengutamakan
keridhaan Allah serta pahala yang berlipat ganda di akhirat, lebih dan
segala-galanya. Amin!!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
wilujeng ngawangkong