Jumat, 19 April 2013

Usman bin Affan

Usman bin Affan (Arab: عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Usman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran dari Hafsa. Setelah itu Usman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Usman. Salinan Mushaf Usman tersebut diantar keseluruh pusat kekuasaan untuk mengantikan salinan-salinan yang lain.

Biografi

Sahabat Usman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun setelah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia salah satu sahabat yang pertama kali memeluk Islam dan amat dikenali karena sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga hijrah ke Habshah dan kemudian hijrah dari Makkah ke Madinah.

Perkembangan Islam semasa pemerintahan Sahabat Usman

Sahabat Usman menjadi khalifah setelah Sahabat Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun yaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebagian Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebagian dari kekuasaan Islam. Adalah dikatakan bahwa Sahabat Usman melantik saudaranya sebagai pentadbir kekuasaan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga berhasil pengumpulan al-Quran yang diawali oleh Sahabat Abu Bakar (khalifah pertama Islam). Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Usmani. seorang sahabat nabi dermawan. semasa di madinah membeli telaga air dari yahudi dan mewaqafkan untuk keperluan masyarakat islam

Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, dia menikahi dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeda (beliau digelar zunurain). Sahabat Usman R.Anhu salah seorang dijanjikan syurga.

Sumber Wikipedia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

wilujeng ngawangkong