Jumat, 19 April 2013

Ali Abi Talib


Sahabat Ali Abi Talib (Bahasa Arab: علي بن أبي طالب‎) ialah khalifah terakhir Islam dari Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. setelah menikahi anak perempuan Rasulullah s.a.w. yaitu Fatimah.

Kehidupan awal

Sahabat Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Bapak Sahabat Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga bapak saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu dari Allah s.w.t., Sahabat Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.

Sahabat Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masehi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Sahabat Ali mengambil risiko dengan tidur di kamar Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percobaan membunuh baginda.

Sahabat Ali di Madinah

Semasa berlakunya Perang Badar, Sahabat Ali menumpas seorang jagoan Quraisy yaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau menikahi Fatimah az-Zahra, putri Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Karena kemiskinannya Sahabat Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Sahabat Abu Bakar, Sahabat Umar, Sahabat Usman dan Sahabat Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis pernikahan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Sahabat Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.

Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.

Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masehi, Sahabat Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahwa Sahabat Ali terus menerima Sahabat Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sekaligus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Sahabat Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali menjadi salah seorang tentara Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mau membayar zakat. Golongan Syiah pula percaya memandang Sahabat Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.

Menjadi khalifah ke-4

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam yaitu Sahabat Usman bin Affan wafat karena dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Sahabat Usman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Sahabat Ali supaya menjadi khalifah tetapi Sahabat Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Pentadbiran Sahabat Ali

Perkara pertama beliau lakukan setelah dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh Sahabat Usman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah yaitu Ummul Mukminin Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi yaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Sahabat Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Sahabat Ali. Manakala Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Sahabat Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.

Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217)

Setelah itu, Sahabat Ali melantik gubernur-gubernur baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Sahabat Usman. Sahabat Ali memindahkan ibukota Islam dari Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gubernur Syria dan saudara Sahabat Usman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gubernur pada masa pemerintahan Sahabat Umar lagi.

Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahwa siasat berkenaan dengan pembunuhan Sahabat Usman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Sahabat Usman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Sahabat Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiat kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Sahabat Usman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Sahabat Ali menyiasat kematian Sahabat Usman, lalu melancarkan serangan ke atas Sahabat Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Sahabat Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.

Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

Sumber Wikipedia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

wilujeng ngawangkong