Jumat, 19 April 2013

Umar Al-Khattab


Sahabat Umar al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah dari Bani Adi yaitu salah satu golongan puak Bani Adi,Quraisy. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidin.

Kehidupan awal

Sahabat Umar dilahirkan di Makkah.Bapaknya bernama Khattab bin Naufal Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri dari golongan kelas pertengahan. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu yaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal karena kegagahannya.

Sahabat Umar bin Al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun.Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuan nya membaca ayat -ayat AL-QURAN . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahwa Rasulullah S.A.W juga pernah berdoa: Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahwa Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila Umar memeluk Islam,Jibril pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar

Memeluk Islam

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Sahabat Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Sahabat Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Sahabat Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertemu dengan seseorang yang mengatakan bahwa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandang adiknya telah memeluk Islam.

Sahabat Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Ketika melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu ketika mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehingga beliau memeluk Islam pada hari itu juga.

Setelah peristiwa tersebut, beliau berjanji akan melindungi Islam sampai tetes darah terakhir.

Sahabat Umar di Madinah

Sahabat umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudian dikenal sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang dari Sahabat Rasulullah s.a.w..

Pada tahun 625, anak perempuan Sahabat Umar yaitu Hafsa menikah dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 masehi. Sahabat Umar dikatakan amat sedih dengan wafatnya Rasulullah s.a.w. sehingga beliau sanggup membunuh siapa sahaja yang mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudian kembali tenang setelah Sahabat Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "Siapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahwa baginda telah wafat, tetapi siapa yang menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahwa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Sahabat Abu Bakar kemudiannya membaca beberapa potong ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam.
Sahabat Abu Bakar dengan sokongan Sahabat Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Sahabat Abu Bakar, Sahabat Umar merupakan penasihat Sahabat Abu Bakar. Sahabat Abu Bakar mencalonkan Sahabat Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Sahabat Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Pemerintahan Sahabat Umar

Semasa pemerintah Sahabat Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebagian kawasan Parsi dari Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestina, Syria, Afrika Utara, dan Armenia dari Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentara Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentara Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.

Pada tahun 637, setelah pengempungan Baitul muqaddis yang agak lama, tentara Islam berjaya menaklukan kota tersebut. Paderi besar Baitul muqaddis yaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Sahabat Umar. Beliau kemudiannya mengajak Sahabat Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian yaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Sahabat Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh dari gereja tersebut karena tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Sahabat Umar menunaikan solat.

Sahabat Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.

Sahabat Umar juga amat dikenali karena kehidupannya yang sederhana.

Pemerintahan Sahabat Umar

1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran

a) Membentuk Majlis Syura

Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbagi kepada dua yaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.

Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalam dan hubungan luar.

Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mau memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

b) Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi mengurus sebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan pandai dalam memilih pegawai-pegawai yang cakap bagii melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.

Sebelum seorang Gubernur itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka mengelakkan dari menerima rasuah (suap). Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab untuk menjamin keadilan dan kesucian Islam.

c) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempat dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi akan dikenakan cukai.

Tentara atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeda dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibagikan kepada tentara yang menyertai peperangan.

2. Pembaharuan dalam bidang ekonomi

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanya kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah.

Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

a) Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan karena rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

b) Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecuali bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahwa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menengok pekerjanya yang sakit.

c) Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menguraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

a) Memajukan sistem pertanian

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.

Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyak hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.

Wafatnya Sahabat Umar

Sahabat Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah atau Fairuz. Abu Lu'lu'ah menikam Sahabat Umar karena menyimpan dendam terhadap Sahabat Umar. Dia menikam Sahabat Umar sebanyak enam kali sewaktu Sahabat Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.

Sahabat Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Sahabat Abu Bakar. Sahabat Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya

Sumber Wikipedia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

wilujeng ngawangkong