Jumat, 19 April 2013

Abu Bakar as-Siddiq


Abu Bakar al-Siddiq ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 6322-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (dari perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) karena beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.

Kehidupan awal

Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling dekat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. hijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W menikahi anak perempuan beliau yaitu Aishah tidak lama selepas hijrah ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi karena jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuk Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun setelah kelahiran Rasulullah S.A.W.

Beliau mendapat gelaran as-Siddiq karena sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah ketika terjadi peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. ketika kebanyakan orang mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

Menjadi khalifah pertama

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Abu Bakar mengimami solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Abu Bakar mendapat penentangan dari beberapa orang yang ingin melantik Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Abu Bakar. Penentangan itu selesai setelah Ali Abi Talib membaiat Abu Bakar. 

Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun') menyatakan bahawa semasa perjumpaan Abu Bakar dan Umar orang Islam Ansar di rumah Sa'd ibn Ubadah setelah wafat Nabi Muhammad (SAW), Abu Bakar pada mulanya mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Umar dan seorang Sahabat lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah Umar menyuruh Abu Bakar mengulurkan tangannya lalu Umar mengambil tangan Abu Bakar dan memberi bai'at kepadanya. Tindakan Umar diikuti Muhajirun dan Ansar. Setelah mendapat bai'at, Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu. Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'at kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba.

Peperangan Islam-Riddah

Masalah mula timbul ketika Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Setengah dari mereka enggan membayar zakat ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahwa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandang Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.

Abu Bakar menegaskan bahwa mereka bukan saja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahwa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

Ekspedisi ke Utara

Setelah mengalahkan golongan riddah, Abu Bakar mulai mengantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan imperium Parsi. Khalid Al-Walid menang menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan dari Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandang kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

Pengumpulan al-Quran

Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Abu Bakar untuk mula menjalankan aktvitas pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran. Uthman Affan kemudianlah yang melengkapi aktivitas pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.

Wafatnya Abu Bakar

Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah yaitu dua tahun setelah menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab wafatnya Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum wafatannya, Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

Sumbangan Saidina Abu Bakar

Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.
Sumber Wikipedia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

wilujeng ngawangkong