Jumat, 19 April 2013

Jalaluddin Muhammad Rumi


Ahli falsafah Parsi
Zaman Pertengahan
Nama:   Jalāluddīn Muhammad Rūmī
Kelahiran:            1207 M
Kematian:           1273 M
Mazhab:              Sufi; Hanafi Sunni, mungkin berpengaruh Syiah
Minat utama:     sajak, syair, musik
Idea terkenal:    Musik Timur Tengah, Puisi Sufi, Falsafah Sufi, dan Sufi dance
Dipengaruhi:      Attar, Shams-e Tabrizi
Mempengaruhi:               Muhammad Iqbal

Maulānā Jalāluddīn Muhammad Rūmī (Parsi: مولانا جلال الدین محمد رومی, Bahasa Turki: Mevlânâ Celâleddin Mehmed Rumi), juga dikenali Maulānā Jalāluddīn Muhammad Balkhī (Parsi: محمد بلخى), atau Rumi saja di negara-negara bertutur Inggris, (30 September, 1207–17 Disember, 1273), merupakan penyair, Qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke 13 Farsi (Tājīk). Namanya bermaksud "Keagungan Agama", Jalal berarti "agung" dan Din berarti "agama".

Rumi lahir di Balkh (ketika itu sebahagian dari Khorasan Besar di Negeri Parsi, kini dalam Afghanistan) dan meninggal dunia di Konya (di Turki sekarang)

Tempat lahir dan bahasa ibunda/tempatnya menggambarkan latar belakang Farsi. Beliau juga menulis puisi Farsi dan karya-karyanya tersebar di Iran, Afghanistan, Tajikistan, dan dialih bahasa di Turki, Azerbaijan, A.S., dan Asia Tenggara. Sebahagian besar hayat dan era penulisan ketika imperium Seljuk. Disamping puisi Farsi beliau juga menulis beberapa rangkap dalam bahasa Arab, Greek, dan Turki Oghuz.

Kepentingan Rumi melampoi batas bangsa, budaya dan negara. Sepanjang abad dia mempunyai pengaruh dalam Kesusasteraan Parsi disamping dalam Kesusasteraan Urdu dan Kesusasteraan Turki. Sajak-sajak karangannya dibaca dengan meluas di negara-negara seperti Iran, Afghanistan dan Tajikistan dan telah banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa di dunia dalam pelbagai bentuk.
Sumber Wikipedia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

wilujeng ngawangkong