Abu
Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, (Bahasa Arab: ابن سینا
Ibn Sīnā), atau dikenali sebagai "Avicenna" di dunia barat merupakan
salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.
Sejarah dan latar belakang
Ibnu
Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian
peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain
itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logika,
matematika, sains, fiqah, dan perobatan.
Walaupun
Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau
lebih menonjol dalam bidang perobatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun
mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu
Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn
Nas al-Samani yang gagal diobati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran
dalam bidang pengobatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan
gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Sumbangan
Kemasyhurannya
melampoi wilayah dan negara Islam. Bukunya Al
Qanun fi al-Tibb ("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun
1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa
tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada
abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas
diuniversitas-universitas Italia dan Prancis. Malahan sehingga abad ke-19,
bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar pengobatan.
Ibnu
Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart")
yang mengandungi sajak-sajak pengobatan. Dalam buku itu, beliau telah
menceritakan dan menguraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengobatinya.
Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu pengobatan saja,
tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafisika, musik,
astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan
dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudul Kitab al-Syifa (Bahasa Arab: کتاب
الشفاء) yang memuatkan
penulisan berkaitan sains dan falsafah.
Penguasaannya
dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang
serba bisa. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap puncak
(zenith) yaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang dibidanginya.
Di
samping menjadi puncak dalam bidang pengobatan, Ibnu Sina juga menduduki
kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logika (mantik) sehingga digelar
"Guru Ketiga" dibelakang Aristoteles dan al-Farabi. Dalam bidang
penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah
yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Penulisan lain
Perkara
yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli
falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan
falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah
al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristoteles. Oleh sebab itu,
pandangan pengobatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori pengobatan
Yunani khususnya Hippocrates.
Teori pengobatan
Pengobatan
Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humor yaitu darah, lendir
(phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut
teori ini, kesehatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat
unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang
dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap
individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun
teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh
kepada dunia pengobatan untuk mengenal pasti puncak penyakit yang menjangkiti
manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan
"mengislamkannya".
Ibnu
Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu
tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembab,
sejuk, panas, dan kering serta senantiasa bergantung kepada unsur lain yang
terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi
dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan
unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam
tubuh bagi mengekalkan kesehatan dan proses penyembuhan.
Falsafah
Pengaruh
pemikiran Yunani bukan saja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai
kesehatan dan pengobatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat
bahawa matematika boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu
pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menguraikan
mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barang mempunyai
angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka
Imam al-Ghazali telah menyifatkan pemahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih
merusak daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya,
Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina
telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib
al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibagikan dengan
apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud)
terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi
tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia
berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan
bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab
kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran
falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal
"Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan".
Pemikiran
Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu
percobaan untuk membahas zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang
berjudul Tahafat al'Falasifah ("Tidak
Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah") untuk membahaskan
pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara
penyanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap
kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu
Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan
kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau
apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan
falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap
sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam.
Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak saja unggul dalam bidang pengobatan tetapi
kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri yaitu Abu Al-Nasr
Al-Farabi (al-Farabi).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
wilujeng ngawangkong