Nama :
Malik ibn Anas
Gelaran :
Imam Malik, Syeikh Islam
Lahir :
93 H atau 713 M
Wafat :
179 H atau 796 M
Etnik :
Arab
Rantau :
Arab
Bidang :
Hadis, Fiqah
Idea utama : Mazhab Maliki
Karya :
Al Muatto
Pengaruh :
Jaafar al-Sadiq, Abu Suhail
al-Nafi
Imam Malik Rahimahullah atau nama lengkap
beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada
93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masehi, yaitu pada zaman pemerintahan
Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dari kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal
dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat karena
datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam
menegakkan agama Islam. Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan
cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan
bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan,
dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah. Beliau pernah
menjadi guru dari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih
muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau yang juga
dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki telah meninggal dunia pada 10
Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masehi ketika berusia 86 tahun dengan
meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri. Mazhab Maliki berkembang di
beberapa tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.
Sifat
Peribadi
Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal
dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehingga mampu menghafal al-Quran
dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, sopan-santun,
suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum selaras
dengan tuntutan agama supaya menjadi orang yang bersih. Walau bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan keramahan dan bergaul
dengan semua lapisan masyarakat merupaka seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata
apabila perlu dan menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara
yang berfaedah saja. Beliau juga seorang hartawan yang tidak pelit
membelanjakan hartanya di jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu
Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. Beliau seorang yang
sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri
walaupun baginda telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang
jenis kendaraan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang
tertanam di dalam kubur. Beliau pernah dipukul dengan cemeti sehingga patah tulang belakang kerana
mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah yaitu isteri yang ditalak
secara paksa tidak jatuh talaknya. Ini menunjukkan betapa tabahnya beliau.
Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan ke-wara-an
beliau terhadap Allah s.w.t. Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang
yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang
mencarinya. Beliau tidak pernah memungut biaya ketika memberi pendidikan kepada
murid-muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefahaman kepada murid-muridnya
tentang sesuatu masalah ilmu.
Pendidikan
Sejak kecil minatnya terhadap ilmu sudah
disemai dalam jiwanya. Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis
semenjak kecil dan mendapat pendidikan di Kota Madinah dari beberapa orang
ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Harman yaitu
seorang ulama besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama delapan
tahun. Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau pernah menghafal
29 buah hadis dari 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari
saja. Beliau pernah belajar kepada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan
tabi’ tabiin. Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di Kota Madinah yang
pada masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.
Kitab
Al-Muwatta
Al-Muwatta berarti ‘yang disepakati’
atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum agama. Kitab
tersebut merupakan sebuah kitab yang mengandung hadis-hadis hukum yang
dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin.
Kitab ini lengkap dengan berbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis,
ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadis di dalam kitab ini adalah shahih karena
Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu.
Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan dan membahas serta
menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau,
hanya 10,000 saja diakui sah dan dari 10,000 hadis itu, hanya 5,000 saja yang
disahkan shahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan Al-Quran.
Menurut satu riwayat, Imam Malik
menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima
dari guru-gurunya. Imam Syafie pernah berkata, "Tiada sebuah kitab di
muka bumi ini yang lebih banyak mengandung kebenaran selain kitab al-Muwatta
karangan Imam Malik."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
wilujeng ngawangkong