Sabtu, 20 April 2013

Abu Hanifah

Nama                 :           Muhammad Nukman bin Thabit
Gelaran               :           Imam segala Imam
Lahir                   :           699
Wafat                  :           767
Etnik                    :           Parsi
Rantau                 :           Iraq
Bidang                 :           Fiqah, Hadis
Idea utama           :           Mazhab Hanafi
Karya                  :           Kitab al-Athar, Fiqah al-Akbar
Pengaruh              :           Imam Syafie, Abu Yusuf
Diilhami :           Jaafar al-Saddiq, Alqama ibni Qays, Qatada ibni al-Nu'man


Abu Hanifah (ابو حنيفه) atau nama lengkap beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت) dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di Kufah, Iraq ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Beliau berasal dari keturunan Parsi dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan Mazhab Hanafi. Gelar beliau adalah “Abu Hanifah” diambil karena beliau sentiasa membawa dakwah ke mana saja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah karena mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka mengulurkan bantuan kepada siapa saja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehingga sering memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah dibujuk oleh khalifah untuk memegang jabatan dalam kerajaan tetapi ditolaknya karena bimbang dirinya dipergunakan oleh khalifah. Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masehi di penjara ketika berusia 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad. Mazhab beliau tersebar di negara-negara Islam dan berpengaruh di Iraq. Selain itu, mazhab ini juga merupakan mazhab resmi kerajaan Usmaniyah serta daerah kekuasaannya seperti Mesir, Lubnan, dan Syria.

Pendidikan

Beliau sempat belajar dengan beberapa orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. termasuk Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas. Kecintaan beliau terhadap ilmu telah membawa beliau untuk menuntut ilmu kepada 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabiin. Ilmu yang dipelajari beliau termasuk ilmu tauhid, ilmu al-Quran, dan ilmu hadis selain mahir dalam bidang sastra. Beliau pernah berguru dengan Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun sebelum mengambil alih tempat gurunya itu setelah gurunya itu meninggal dunia.

Sumbangan

Beliau banyak menghabiskan masa di masjid untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tertutama berkenaan bidang agama kepada orang ramai. Beliau juga terkenal dengan kebijaksanaan beliau dalam membedakan hadis shahih dan juga sebaliknya karena beliau sangat berhati-hati dalam menentukan sesuatu hukum mengikut martabat hadis. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai ahli fikir dalam Islam karena menggunakan akal fikirannya dalam memutuskan sesuatu hukum apabila hukum tidak terdapat di dalam al-Quran. Berbekal kemampuan yang dimiliki beliau, beliau berhasil menyusun ilmu-ilmu berkenaan hukum fikih sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat pada masa kini dan beliau merupakan ulama pertama yang menyusun kitab fikih secara tersusun mengikut bab dan fasal. Beliau juga menyusun kitab “Al-Faraid” (waris) dengan lengkap. Cara pemikiran beliau mempengaruhi murid-muridnya yang menyebarkan ilmu mengikuti aliran pendapat melalui kuliah dan penulisan. Beliau acapkali mencegah murid-muridnya bertaklid tetapi menggalakkan menggunakan akal fikiran mengenai sesuatu hukum dan menegah umat Islam beramal dengan perkara-perkara bid’ah dalam ibadat.

Karya-karya

a.       Fikih Akbar
b.      Al-Alim Wal-Muta’allim
c.       Musnad Fikih Akbar
d.      Masail An-Nawadir
e.       Masail Usul
f.        Fatwa Al-Waqiah
g.      Al-Kisanayat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

wilujeng ngawangkong