Nama : Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu Abdullah al-Shaibani
Lahir :
164 H
Wafat :
241 H
Etnik :
Arab
Rantau :
Parsi
Bidang :
Fiqah, Hadis, Akidah
Idea utama : Mazhab Hanbali
Pengaruh :
Muhammad al-Bukhari
Diilhami :
Imam Syafie
Imam Ahmad ibn Hanbal (Bahasa Arab: أحمد بن
حنبل Ahmad bin Hanbal) (780 [164 AH] - 855 [241 AH])
merupakan sarjana Muslim dan ahli teologi. Dia di anggap sebagai pengasas
mazhab fiqh Hanbali. Nama lengkapnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu
`Abd Allah al-Shaybani (أحمد بن محمد بن حنبل أبو
عبدالله الشيباني).
Ahmad ibn Hanbal dilahirkan di Asia
Tengah dari keluarga Arab pada 780. Setelah wafat bapaknya, dia pindah ke Iraq
dan menuntut ilmu dengan meluas di Baghdad, dan kemudian menggunakan
perjalanannya untuk melanjutkan pengajiannya. Minat utamanya adalah mendapatkan
pengetahuan berkaitan dengan hadis dan mengembara dengan meluas keseluruh Iraq,
Syria, dan Arabia mendalami ilmu agama dan mengumpul sunnah Muhammad s.a.w.
Ahmad bin Hanbal menuntut ilmu di
Baghdad dan kemudiannya mengembara untuk meluaskan pengetahuan dan ilmunya.
Beliau amat tertarik dengan pengajian Hadis dan mengembara ke seluruh pelosok
Iraq, Syria, dan Semenanjung Arab mempelajari agama mengumpulkan hadis
Muhammad.
Setelah beberapa tahun mengembara, Ahmad
bin Hanbal berguru ilmu Fiqh dengan Imam Shafie. Ahmad bin Hanbal berpegang
teguh kepada pemahaman tradisional dan menentang inovasi dalam pentafsiran
undang-undang Islam.
Guru
Antara mereka yang menjadi guru Ahmad
bin Hanbal adalah Imam Shafie r.a., Bishar bin Al Mufadal r.a., Ismail bin
Ulayyah r.a., Jarir bin Abdul Hamid r.a. dan Yahya bin Said r.a..
Pengumpul dan penyusun hadis terkenal
seperti Imam Bukhari r.a. dan Imam Muslim r.a., juga mengumpulkan hadis dari
pengumpulan Ahmad bin Hanbal. Penguasaan ilmu hadis Ahmad bin Hanbal begitu
menyeluruh sehinggakan imam Shafie kadangkala merujuk kepada Ahmad bin Hanbal mengenai
hadis-hadis tertentu.
Penindasan
semasa Mihna
Khalifah al-Ma'mun ibn Harun ar-Rashid,
dipengaruhi oleh faham Mu'tazilah yang banyak memasung faham tradisional Islam.
Ketika itu, Khalifah dipengaruhi oleh kumpulan Mu'tazilah yang mempersoalkan
asal usul tauhid dan berpegang kepada faham bahwa Al-Quran adalah ciptaan
manusia dan tidak kekal abadi.
Kumpulan Mutazilah ini mendapat sokongan
dan naungan Khalifah al-Ma'mun. Pihak Mutazilah melancarkan Mihna untuk
menyaring ulama yang enggan berpegang kepada faham yang dibawa oleh kumpulan
Mutazalis. Semasa Mihna, ulama Islam diuji untuk menentukan pegangan mereka
mengenai pentafsiran dalam perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam.
Ramai ulama yang bertukar pendirian apabila
disuruh oleh Khalifah al-Ma'mun dan memberikan persetujuan kepada pentafsiran
Islam supaya bersesuaian dengan faham Mutazilah. Pendirian Imam Ahmad bin
Hanbal diuji semasa pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dan Khalifah al-Mu'tasim.
Imam Ahmad bin Hanbal berkeras enggan memberikan persetujuan kepada fahaman
yang dibawa oleh Mutazalis.
Khalifah al-Ma'mun menghukum sebatan ke
atas Ahmad bin Hanbal. Dia dipenjarakan selama 30 bulan dan dipukul teruk.
Khalifah al-Ma'mun memerintahkan Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan, tetapi
khalifah tersebut meninggal dunia tidak lama selepas mengeluarkan perintah itu.
Dia digantikan dengan khalifah Al-Mu'tasim yang juga berpegang kepada faham
Mutazilah. Khalifah Al-Mu'tasim bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal sudah
bertukar pendirian dan menyokong faham Mutazilah. Imam Ahmad bin Hanbal masih
enggan mengikut faham tersebut dan diberikan balasan hukuman sebat dan
dipenjarakan. Imam Ahmad bin Hanbal hanya dilepaskan setelah dua tahun setelah
itu. Tetapi beliau dicegah mengajar dan menyebarkan ilmu Allah. Cegahan ini
kekal sehingga pemerintahan Khalifah al-Wathiq. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal
tetap dengan pegangan beliau.
Pembebasan
dan pengiktirafan
Pada 25 Ramadan 221H, Khalifah Mutasim
bertaubat dan memerintahkan Ahmad bin Hanbal dibebaskan. Imam Ahmad bin Hanbal
memaafkan mereka yang menganiayanya kecuali anggota kumpulan Mu'tazilah yang
berfahaman sesat.
Selepas Khalifah Al-Mutawakkil mengambil
kuasa, dasar kerajaan berubah. Sebaliknya, dia diberikan penghormatan yang
setimpal dengan ilmu dan pengetahuannya. Dia hendak diberikan ganjaran oleh
Khalifah Al-Mutawakkil dan dijemput ke istana untuk mengajar. Walaupun demikian
Ahmad bin Hanbal enggan menerima tawaran tersebut karena enggan mendekati
istana dan mereka yang berkuasa di istana. Khalifah Al-Mutawakkil sebaliknya
memberikan ganjaran kepada Salih bin Ahmad, anak Imam Ahmed bin Hanbal. Ketika berita
ini sampai kepadanya, Ahmad bin Hanbal memarahi anaknya dan enggan memakan
sedikitpun daripada kemewahan anaknya.
Ahmed bin Hanbal menjadi masyhur dan
terkenal dengan warak dan ketaksuban kepada hukum Allah. Pengajaran dan
penulisannya membolehkan pengikutnya mengasaskan mazhab Hanbali.
Kematian
Ahmed bin Hanbal meninggal dunia di
Baghdad pada 13 Rabiulawal 241H bersamaan 31 Juli, 855M. Mengikut Tarjamatul
Imam, lebih 860,000 orang menziarah semasa pengkebumiannya.
Musnad
Ahmad bin Hanbal
Penulisan Ahmed Bin hanbal yang paling agung adalah karangan Musnad
Ahmad bin Hanbal yang merupakan satu pengumpulan hadis. Karangannya yang lain
termasuk Kitab-us-Salaat dan Kitab-us-Sunnah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
wilujeng ngawangkong