Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu
Walid Muhammad Ibnu Ahmad (lahir 1126 dan meninggal dunia 1198) adalah ahli
falsafah, pengobatan, matematika, teologi, ahli fikih mazhab Maliki, astronomi,
geografi dan sains.
Dilahirkan di Spanyol dan meninggal
dunia di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah
dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia
Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropa. Di Barat, beliau dikenal
sebagai Averroes .
Biografi
Ibnu Rushd lahir dalam keluarga yang
berilmu dan ternama. Bapaknya dan datuknya merupakan kadi di Cordova (sekarang
Spanyol). Beliau telah diantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudian
menjadi rekan karibnya.
Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan pengobatan
kepada rekannya yang juga merupakan tokoh pengobatan yang terkenal di Spanyol,
Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.
Sebelum meninggal dunia, beliau telah
menghasilkan bukunya yang terkenal Al
Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggris
dengan judul Faclititation of Treatment.
Selain menjalin perhubungan yang akrab
dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan
Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai
hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi
hakim di Cordova.
Selepas beberapa waktu menjadi hakim,
beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikut saran Ibn Tufail.
Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Karena
desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau
dibuang ke daerah Alaisano.
Setelah selesai menjalani tempo
pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan saja
tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima
pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.
Pada penghujung usianya, kedudukan Ibnu
Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansur Al-Muwahhidi menyadari kehilapan
yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan
kepadanya tidak sempat dikecapi karena beliau menghembuskan nafas terakhirnya
pada tahun 1198.
Kematiannya merupakan kehilangan yang
cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Spanyol. Beliau tidak
meninggalkan harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang
seperti falsafah, pengobatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang,
tatabahasa, dan nahu.
Falsafah
dan ilmu logika
Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan
hasil kerja Aristoles yang dilupai barat. Melalui terjemahan dari bahasa latin
oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang ditinggalkan oleh
Aristoteles mulai diketahui ramai di barat.
Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi
pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan
sebagian sarjana menganggap Ibnu Rushd sebagai bapak berfahamkan sekularisme di
Eropah barat.
Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen
hasil kerja Aristoteles selama hampir tiga dekade. Beliau banyak mempengaruhi
falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl
al-Maqal (The Decisive Treatise), beliau menekankan pentingnya berfikir
secara analitikal untuk menterjemah Quran dan ini bertentangan dengan pandangan
konservatif ulama' Islam di mana penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada
sumber seperti hadith.
Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak
tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafisika, terutamanya
ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan
pembaharuan semasa membuat uraianya mengenai perkara tersebut.
Hasil pemikiran yang dimuat dalam
tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah
Barat. Dua orang ahli falsafah Eropa, yaiitu Voltaire dan Rousseau dikatakan
bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham
daripada pembacaan karyanya.
Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah
mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merubah wajah Eropa
keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya
terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropa.
Pengobatan
Karya besar lain yang pernah dihasilkan
oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16
jilid, mengenai pengobatan secara umum. Buku "Kulliyah fit-Thibb"
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang
Yahudi dari Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris
dengan judul General Rules of Medicine.
Hospital Les Quinze-Vingt yang juga
merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan
model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah pengobatannya merupakan
hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.
Kehebatannya dalam bidang pengobatan
tidak seputar pengobatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi
organ di dalam tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi penekanan tentang kepentingan
menjaga kesehatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang pengobatan
juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahwa demam campak
hanya akan dialami oleh setiap orang sekali saja.
Kemasyarakatan
Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu
Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila
beliau coba membuat pembagian masyarakat itu kepada dua golongan yaitu golongan
elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.
Pembagian strata sosial ini merupakan
asas pengenalan pembagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan
oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran
dengannya.
Sarjana
serba boleh
Karya-karya lain Ibnu Rushd Mabadil termasuk Pengantar Ilmu
Falsafah, Tafsir Urjuza yang
membicarakan perobatan dan tauhid, Taslul,
buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah,
yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang
berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil
Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.
Beliau juga telah menulis sebuah buku
musik yang diberi judul "De Anima Aristoteles" (Commentary on the
Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu Rushd begitu
terpengaruh dan tertarik oleh ilmu logika yang dikemukakan oleh ahli falsafah
Yunani, Aristoteles.
Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd
dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan
Islam yang tiada bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu
Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah
yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
wilujeng ngawangkong