Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 -
13 Disember 1048) merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik,
cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara,
pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang
matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah
Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya
yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut, menentukan
kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar,
mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.
Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan)
di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi,
Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur.
Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn
Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh,
di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun
Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari
Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari
bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga
mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis
bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.
Sebahagian
pencapaiannya termasuk:
Ketika berusia 17 tahun, dia mengira latitud bagi Kath, Khwarazm, dengan
menggunakan altitud maksima matahari.
Ketika berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk
kajian unjuran pemetaan (map projections), "kartografi", yang
termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik
(plane (mathematics)) .
Ketika berusia 27, dia telah menulis buku bertajuk "Kronologi"
yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau (sekarang
tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe, satu berkenaan sistem
perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi, dan dua berkenaan sejarah.
Beliau membuat pengiraan jejari bumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini
diulang di Barat pada abad ke-16).
Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi
120 buah kitab.
Hasil karya matematik
Sumbangannya kepada matematik termasuk:
teori dan amali aritmetik
penjumlahan siri
analisis kombinatorik
peraturan tiga
nisbah (irrational numbers)
teori nisbah
definisi algebra
kaedah untuk penyelesaian persamaan algebra
geometri
teori Archimedes
pembahagian tiga sama sudut
Hasil kerjanya yang bukan matematik
termasuk:
Kajian kritis mengenai apa yang telah dikatakan oleh India, baik
diterima mengikut pemikiran atau tidak (Bahasa Arab: تحقيق
ما للهند من مقولة معقولة في العقل أم مرذولة): Sari pati agama dan
falsafah India.
Tanda-tanda tinggal abad-abad yang lalu (Bahasa Arab: الباقية عن القرون الخالية): kajian perbandingan kalendar-kalendar
pelbagai budaya dan peradaban, berjalin maklumat matematik, astronomi dan
sejarah.
Daftar karya Mas'udi (Arabic القانون المسعودي):
sebuah buku mengenai Astronomi, Geografi dan Kejuruteraan, yang didedikasikan
dan dinamai sempena nama Mas'ud, anak lelaki kepada Mahmud dari Ghazni.
Memahami Astrologi (Bahasa Arab التفهيم لصناعة
التنجيم): Buku soal-jawab mengenai matematik dan astronomi, dalam
bahasa Arab dan Persia.
Farmasi: mengenai drug dan ubat.
Permata (Bahasa Arab: الجماهر في معرفة الجواهر)
mengenai geologi, mineral dan permata, yang didedikasikan kepada Mawdud, anak
lelaki kepada Mas'ud.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
wilujeng ngawangkong