Abu Hurairah ialah salah seorang perawi
hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama asli
beliau sebelum memeluk agama Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi
pendapat yang mashyhur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman.
Beliau berasal dari qabilah al-Dusi di Yaman.
Kehidupan
Abu Hurairah
Walaupun Abu Hurairah r.a. merupakan
seorang yang papa pada mulanya, dia telah dipinang oleh salah seorang
majikannya yang kaya raya untuk putrinya, Bisrah binti Gazwan. Ini menunjukkan
betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari perbedaan kelas kepada
menyanjung keimanan. Abu Hurairah r.a. dipandang mulia karena kealiman dan
kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada
masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran
kemuliaan.
Sejak
menikah, Abu Hurairah r.a. membagi malamnya kepada tiga bagian: untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulang-ulang hadis. Dia dan
keluarganya tetap hidup sederhana walaupun setelah menjadi orang berada. Abu
Hurairah r.a. suka bersedekah, menjamu tamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di
Madinah untuk pembantu-pembantunya.
Rasulullah S.A.W. pernah mengutuskan Abu
Hurairah r.a. berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami r.a.
Dia juga pernah diutus bersama Quddamah r.a. untuk mengambil jizyah di Bahrain,
sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.
Mungkin disebabkan oleh itu, Abu Hurairah
r.a. diangkat menjadi gubenur Bahrain ketika Umar r.a. menjadi Amirul Mukminin.
Tapi pada 23 Hijrah, Umar r.a. memecatnya karena Abu Hurairah r.a. dituduh
menyimpan uang yang banyak sehingga 10,000 dinar. Ketika pembicaraan, Abu
Hurairah r.a. membuktikan bahwa harta itu diperolehnya dari berternak kuda dan
pemberian orang. Khalifah Umar r.a. menerima penjelasan itu dan memaafkannya.
Lalu dia diminta menerima jabatan gubenur kembali, tapi Abu Hurairah r.a.
menolak.
Penolakan
itu diiringi lima alasan. "Aku takut berkata tanpa pengetahuan; aku
takut memutuskan perkara bertentangan dengan hukum (agama); aku tidak mau
disebat; aku tak mau harta benda hasil pencarianku disita; dan aku takut nama
baikku tercemar," katanya. Dia memilih untuk tinggal di Madinah, menjadi
warga biasa yang memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin
sesudahnya.
Khalifah Umar ibn Khattab r.a. pula
pernah melarang Abu Hurairah r.a. menyampaikan hadis dan hanya membolehkan
menyampaikan ayat Al-Quran. Ini disebabkan tersebar khabar angin bahwa Abu
Hurairah r.a. banyak memetik hadis palsu. Larangan khalifah baru dibatalkan
setelah Abu Hurairah r.a. mengutarakan hadis mengenai bahaya hadis palsu.
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا،
فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Barangsiapa berdutsa terhadap saya dengan sengaja, maka hendaklah dia
mempersiapkan tempat duduknya di dalam api neraka [Al-Bukhariy/ 1291], [Muslim/
3], [Ibnu Hibban/ 31], [Abu Dawud/ 3651], [At-Tirmizi/ 2659], [Ibnu Majah/ 30,
33, 36, 37], [Ad-Darimi/ 231, 232, 234, 235, 236, 238, 593], dan [Ahmad/ 585,
1078, 1416, 2670, 3791, 3804, 9086, 10350, 11011, 11531, 11700, 12291, 12353,
12687, 12777, 13549, 13558, 13568, 13843, 16071, 16471, 16978]
Asal
usul gelaran Abu Hurairah
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah karena
kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu
Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan
bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya
lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia
lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.
Abu
Hurairah Masuk Islam
Abu Hurairah r.a. memeluk Islam pada
tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W. berangkat menuju ke Khaibar. Ketika itu
ibunya masih belum menerima Islam malah menghina Nabi. Abu Hurairah r.a. lalu
bertemu Rasulullah S.A.W. dan meminta baginda berdoa agar ibunya masuk Islam.
Kemudian Abu Hurairah r.a. menemui ibunya kembali, mengajaknya masuk Islam.
Ternyata ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadat.
Ketka pulang dari Perang Khaibar,
Rasulullah S.A.W. memperluaskan Masjid Nabawi ke arah barat dengan menambah
ruang sebanyak tiga tiang lagi. Abu Hurairah r.a. turut terlibat dalam
pengubahsuaian ini. Ketika dilihatnya Rasulullah S.A.W. turut mengangkat batu,
ia meminta agar beliau menyerahkan batu itu kepadanya. Rasulullah S.A.W.
menolak seraya bersabda, "Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan kehidupan
akhirat."
Abu Hurairah r.a. pernah tersilap
menimbang makanan yang lezat sehingga dia dikenakan hukuman pukul oleh
Rasulullah S.A.W. Bagaimanapun Abu Hurairah r.a. gembira "Karena Nabi
menjanjikan akan memberi syafaat kepada orang yang pernah merasa disakitinya
secara sengaja atau tidak," katanya.
Begitu cintanya kepada Rasulullah S.A.W.
sehingga siapa pun yang dicintai, ia ikut mencintainya. Misalnya, ia suka
mencium Hasan dan Husain, karena melihat Rasulullah S.A.W. mencium kedua
cucunya itu.
Abu
Hurairah di Madinah
Abu Hurairah r.a. berpindah ke Madinah
untuk mengadu nasib. Di sana ia bekerja menjadi buruh kasar bagi siapa yang
memerlukannya Sering kali dia mengikatkan batu ke perutnya, karena menahan
lapar yang amat sangat. Malah diceritakan bahwa dia pernah berbaring
berhampiran mimbar masjid sehingga orang menyangka dia kurang waras. Ketika
Rasullullah S.A.W. mendengarkan perkara tersebut, baginda menemui Abu Hurairah
r.a. yang menjelaskan bahwa dia berbuat sedemikian karena lapar, lalu
Rasullullah S.A.W. pun segera memberinya makanan.
Peribadi
Abu Hurairah
Abu Hurairah r.a. adalah sahabat yang
sangat dekat dengan Nabi S.A.W. Ia dikenal sebagai salah seorang ahli shuffah,
yaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid.
Beliau begitu rapat dengan Nabi S.A.W., sehingga baginda selalu menyuruh Abu
Hurairah r.a. untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak
dibagikan.
Pernah pula pada suatu masa, dia duduk
di pinggir jalan tempat orang biasanya berlalu lalang sambil mengikatkan batu
ke perutnya. Dilihatnya Abu Bakar r.a melintas. Lalu dia minta dibacakan satu
ayat Al-Quran. "Aku bertanya begitu supaya dia mengajakku ikut, memberiku
pekerjaan," tutur Abu Hurairah r.a.. Tapi Abu Bakar r.a. cuma membacakan
ayat, lantas berlalu.
Dilihatnya Umar ibn Khattab r.a..
"Tolong ajari aku ayat Al-Quran," kata Abu Hurairah r.a.. Ternyata
dia kecewa sekali lagi karena Umar r.a.melakukan hal yang sama.
Tak lama kemudian Rasullullah S.A.W.
pula yang berlalu. Nabi tersenyum. "Beliau tahu apa isi hati saya. Beliau
boleh membaca raut muka saya dengan tepat," tutur Abu Hurairah r.a..
"Ya Aba Hurairah!" panggil
Nabi.
"Labbaik, ya Rasulullah!"
"Ikutlah aku!"
Beliau mengajak Abu Hurairah r.a. ke
rumahnya. Di dalam rumah didapati semangkok susu. "Dari mana datangnya
susu ini?" tanya Rasulullah S.A.W.. Beliau diberitahu bahwa seseorang
telah memberikan susu itu.
"Ya Aba Hurairah!"
"Labbaik, Ya Rasulullah!"
"Tolong panggilkan ahli
shuffah," kata Rasullullah S.A.W. Susu tadi lalu dibagikan kepada ahli
shuffah, termasuk Abu Hurairah r.a.. Sejak itulah, Abu Hurairah r.a. mengabdi
kepada Rasullullah S.A.W. , bergabung dengan ahli shuffah di pondok masjid.
Abu Hurairah r.a. berjaya meriwayatkan
banyak hadis disebabkan beliau sentiasa berdamping dengan Rasulullah selama 3
tahun, selepas memeluk Islam. Ini sebagaimana yang di riwayatkan olehnya :-
...
sesungguhnya saudara kami daripada golongan Muhajirin sibuk dengan urusan
mereka di pasar dan orang-orang Ansar pula sibuk bekerja di ladang mereka
sementara aku seorang yang miskin sentiasa bersama Rasulullah S.A.W. 'Ala Mil'i
Batni. Aku hadir di majlis yang mereka tidak hadir dan aku hafaz pada masa
mereka lupa.
(Al-Bukhari)
Pada mulanya Abu Hurairah r.a. mempunyai
ingatan yang lemah lalu beliau mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah lalu
mendoakan agar Abu Hurairah r.a. diberkati dengan daya ingat yang kuat lalu
semenjak hari itu Abu Hurairah dikurniakan dengan daya ingat yang kuat yang
membolehkan beliau meriwayatkan jumlah hadis terbanyak di kalangan para
sahabat.
Kisah
Abu Hurairah r.a mengawal gudang zakat
Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah
r.a. telah diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjaga gudang hasil zakat.
Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. telah tnampak seseorang mengendap-gendap
hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak dibawanya berjumpa
Rasulullah S.A.W. tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahwa
dia mencuri untuk menyarai keluarganya yang kelaparan.
Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu
melepaskan pencuri itu dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.
Keesokkan harinya perkara tersebut
dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. tersenyum lalu bersabda bahwa
pencuri itu pasti akan kembali.
Ternyata keesokkan malamnya pencuri itu
datang lagi. Sekali lagi Abu Hurairah r.a. menangkap pencuri itu lalu hendak
dibawanya berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Sekali lagi, pencuri itu merayu
sehingga Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskannya sekali lagi.
Keesokkan harinya, dia melaporkan hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang
mengulangi sabdanya bahwa pencuri itu pasti akan kembali.
Apabila pencuri itu ditangkap sekali
lagi Abu Hurairah r.a. mengancam akan membawanya berjumpa Rasulullah S.A.W.
Pencuri itu merayu meminta dibebaskan sekali lagi. Apabila Abu Hurairah r.a.
enggan melepaskannya, pencuri itu menyatakan dia akan mengajar sesuatu yang
baik sekiranya ia di bebaskan. Pencuri itu menyatakan bahwa sekiranya seseorang
itu membaca ayat Kursi sebelum tidur shaitan tidak akan menggangguinya.
Abu Hurairah r.a. merasa tersentuh
mendengarkan ajaran pencuri itu lalu melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia
melaporkan peristiwa tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang bersabda, pencuri
yang ditemuinya itu adalah pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan kepada
Abu Hurairah r.a. itu adalah perkara yang benar. Sebenarnya pencuri itu adalah
shaitan yang dilaknat.
Era
Usman ibn Affan
Ketika kediaman Amirul Mukminin Usman
ibn Affan r.a. dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenali sebagai
al-fitnatul kubra (fitnah/bencana besar), Abu Hurairah r.a. bersama 700 orang
Muhajirin dan Anshar tampil mengawal rumah tersebut. Meski dalam keadaan siap
untuk bertempur, Khalifah Ustman ibn Affan r.a. melarang pengikut setianya itu
memerangi kaum pemberontak.
Era
Ali ibn Abi Talib
Pada masa Amirul Mukminin Ali ibn Abi
Talib r.a. , Abu Hurairah r.a. menolak tawaran menjadi gubenur Madinah. Ketika
terjadi pertemuan antara Khalifah Ali dan lawannya, Muawiyah ibn Abi Sufyan, ia
bersikap berkecuali dan menghindari fitnah. Setelah Muawiyah berkuasa, Abu
Hurairah r.a. dilantik menjadi gubenur Madinah setelah diusul oleh Marwan ibn
Hakam.
Kewafatan
Abu Hurairah
Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) ini pula dia
mengembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78
tahun. Abu Hurairah r.a. meninggalkan sebanyak 5,374 hadis.
Warisan
Hadis Abu Hurairah r.a. yang disepakati
Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93
hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah
r.a. juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.
Terdapat pula golongan yang
mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis yang di sampaikan oleh Abu
Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar yang
telah membuat kritikan terhadap hadis dan para perawinya termasuk Abu Hurairah.
Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan
Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadis.
Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa
Makanatuha halaman 273-283.
Selain dari golongan ini terdapat juga
kritikan kuat daripada golongan Syiah. Ini mungkin disebabkan Abu Hurairah r.a.
merupakan penyokong Ustman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi pegawai
dinasti Umayah. Penolakannya menyandang jawatan gubenur ketika ditawarkan oleh
Ali r.a. dan ketiadaan hadis yang berisi pujian atau pengistimewaan kepada Ali
dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain Abu Hurairah dikritik oleh
kaum Syiah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
wilujeng ngawangkong