Taqi ad-Din Ahmad ibn Taymiyyah (nama lengkap
Taqī ad-Dīn Abu 'l Abbās Ahmad ibn 'Abd al-Halīm ibn 'Abd as-Salām Ibn Taymiya
al-Harrānī; bahasa Arab: تقي الدين أبو العباس أحمد بن
عبد السلام بن عبد الله ابن تيمية الحراني) adalah seorang
sarjana Sunni yang lahir (22 Januari 1263 – 1328) di Harran, Turki. Beliau
hidup semasa zaman kekacauan yang menyaksikan penyerangan Mongol. Sebagai
seorang yang bermazhab Hanbali, beliau mau melihat masyarakat Islam kembali
kepada sumber al-Quran dan as-Sunnah.
Biografi
Ibnu Taimiyah lahir pada tahun 1263 di Harran
di dalam keluarga yang alim. Sebuah buku biografi kurun ke-15 bertajuk At-Tibyan li badi'at al-Bayan (التبيان لبديعة البيان) menulis beliau
adalah dari keturunan puak Arab Banu Numayr. Datuk beliau, Abu al-Barkat Majd
ad-deen ibn Taymiyyah al-Hanbali (meninggal dunia pada tahun 1255), adalah
seorang guru terkenal dalam mazhab Hanbali. Bapak Ibnu Taimiyah, Shihabuddeen
Abd al-Haleem ibn Taymiyyah (meninggal dunia pada tahun 1284) juga dikenali
dengan pencapaian ilmunya yang membanggakan.
Ketika tentara Mongol menyerang, keluarga
Ibnu Taimiyah pindah ke Damsyik pada tahun 1258 yang pada masa itu diperintah
oleh kerajaan Mamluk yang berpusat di Mesir. Di Damsyik, bapkanya menyampaikan
kuliah agama di Masjid Umayyad dan Ibnu Taimiyyah mengikut jejak bapkanya
dengan belajar dari sarjana Islam terulung pada masa itu, di antaranya ilmu
hadis dari Zaynab binti Makki.
Ibnu Taimiyah adalah seorang pelajar yang
rajin dan membiasakan diri beliau dengan ilmu agama dan sains pada zaman itu.
Beliau juga memberi tumpuan khusus kepada sastra Arab dan menguasai nahwu dan
tatabahasa Arab serta matematika dan kaligrafi. Beliau mempelajari fiqih dari
bapaknya dan menguasai ilmu tentang al-Quran dan Hadis. Beliau juga belajar
mengenai ilmu kalam, falsafah, dan sufisme yang kemudian dikritik hebat oleh
beliau.
Keberanian beliau terbukti ketika beliau
bersama delegasi ulama mengadap Qazaan, seorang Khan Tartar, untuk memintanya
menghentikan serangan kepada orang Islam. Tiada seorang pun ulama yang berani
berkata-kata kecuali Ibnu Taimiyah yang berkata: "Kamu mendakwa kamu
seorang Islam dan kamu mempunyai Mu'adhdhin, Mufti, Imam dan Sheikh tetapi kamu
menyerang kami dan datang ke negeri kami untuk apa? Walaupun bapak dan datuk
kamu, Hulagu seorang kafir, mereka tidak menyerang dan mematuhi janji mereka.
Kamu pula berjanji tetapi ingkar."[1]
Hukuman
Karena Ibnu Taimiyah seorang yang berani dan
mempunyai pendirian yang teguh, beliau telah dipenjara beberapa kali karena
bertentangan pandangan dengan ahli agama yang lain.
Pada awal tahun 1293 beliau berkonflik dengan
pihak penguasa tempat karena membantah hukuman agama kepada seorang Kristian
yang dituduh menghina Nabi Muhammad. Pada tahun 1298 beliau dituduh menyebarkan
faham anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia denganTuhan) dan karena
mempersoalkan ilmu kalam.
Beliau meimpin barisan pertahanan ketika penyerangan
Mongol kepada Damsyik pada tahun 1300. Pada tahun berikutnya, Ibnu Taimiyah
berhadapan dengan polemik dengan (1) Syiah Kasrawan di Lebanon, (2) aliran Sufi
Rifa'i, dan (3) aliran ittihadiyah yang berasal dari ajaran Ibnu Arabi, yang
beliau anggap menyesatkan.
Pada tahun 1306, Ibnu Taimiyah dipenjara di
Mesir selama 18 bulan karena dituduh menyokong faham anthropomorphisme
(menyamakan sifat manusia dengan Tuhan). Beliau dipenjara kembali pada tahun
1308 untuk beberapa bulan.
Ibnu Taimiyah menghabiskan 15 tahun
terakhirnya di Damsyik bersama murid-muridnya. Seorang muridnya yang terkenal
adalah Ibnu Qayyim. Pada bulan Agustus 1320 hingga Februari 1321, Ibnu Taimiyah
dipenjarakan di Damsyik karena menyokong doktrin tentang talak (talak tiga
boleh dilakukan dengan satu talak).
Pada bulan Juli 1326, kerajaan Mesir sekali
lagi mengarahkan beliau dipenjara karena beliau terus mengutuk tradisi melawat
kubur orang alim. Beliau meninggal dunia di dalam penjara di Damsyik pada malam
senin 27 September 1328 ketika berumur 65 tahun. Beliau dimakamkan di Damsyik
berdekatan dengan kubur ibunya.
Ibnu Taimiyah terkenal dengan daya ingatannya
yang kuat dan ilmunya yang seperti sebuah ensiklopedia.
Sumber Wikipedia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
wilujeng ngawangkong