Senin, 22 April 2013

Ibn Taymiyyah


Taqi ad-Din Ahmad ibn Taymiyyah (nama lengkap Taqī ad-Dīn Abu 'l Abbās Ahmad ibn 'Abd al-Halīm ibn 'Abd as-Salām Ibn Taymiya al-Harrānī; bahasa Arab: تقي الدين أبو العباس أحمد بن عبد السلام بن عبد الله ابن تيمية الحراني) adalah seorang sarjana Sunni yang lahir (22 Januari 1263 – 1328) di Harran, Turki. Beliau hidup semasa zaman kekacauan yang menyaksikan penyerangan Mongol. Sebagai seorang yang bermazhab Hanbali, beliau mau melihat masyarakat Islam kembali kepada sumber al-Quran dan as-Sunnah.

Biografi

Ibnu Taimiyah lahir pada tahun 1263 di Harran di dalam keluarga yang alim. Sebuah buku biografi kurun ke-15 bertajuk At-Tibyan li badi'at al-Bayan (التبيان لبديعة البيان) menulis beliau adalah dari keturunan puak Arab Banu Numayr. Datuk beliau, Abu al-Barkat Majd ad-deen ibn Taymiyyah al-Hanbali (meninggal dunia pada tahun 1255), adalah seorang guru terkenal dalam mazhab Hanbali. Bapak Ibnu Taimiyah, Shihabuddeen Abd al-Haleem ibn Taymiyyah (meninggal dunia pada tahun 1284) juga dikenali dengan pencapaian ilmunya yang membanggakan.

Ketika tentara Mongol menyerang, keluarga Ibnu Taimiyah pindah ke Damsyik pada tahun 1258 yang pada masa itu diperintah oleh kerajaan Mamluk yang berpusat di Mesir. Di Damsyik, bapkanya menyampaikan kuliah agama di Masjid Umayyad dan Ibnu Taimiyyah mengikut jejak bapkanya dengan belajar dari sarjana Islam terulung pada masa itu, di antaranya ilmu hadis dari Zaynab binti Makki.

Ibnu Taimiyah adalah seorang pelajar yang rajin dan membiasakan diri beliau dengan ilmu agama dan sains pada zaman itu. Beliau juga memberi tumpuan khusus kepada sastra Arab dan menguasai nahwu dan tatabahasa Arab serta matematika dan kaligrafi. Beliau mempelajari fiqih dari bapaknya dan menguasai ilmu tentang al-Quran dan Hadis. Beliau juga belajar mengenai ilmu kalam, falsafah, dan sufisme yang kemudian dikritik hebat oleh beliau.

Keberanian beliau terbukti ketika beliau bersama delegasi ulama mengadap Qazaan, seorang Khan Tartar, untuk memintanya menghentikan serangan kepada orang Islam. Tiada seorang pun ulama yang berani berkata-kata kecuali Ibnu Taimiyah yang berkata: "Kamu mendakwa kamu seorang Islam dan kamu mempunyai Mu'adhdhin, Mufti, Imam dan Sheikh tetapi kamu menyerang kami dan datang ke negeri kami untuk apa? Walaupun bapak dan datuk kamu, Hulagu seorang kafir, mereka tidak menyerang dan mematuhi janji mereka. Kamu pula berjanji tetapi ingkar."[1]

Hukuman

Karena Ibnu Taimiyah seorang yang berani dan mempunyai pendirian yang teguh, beliau telah dipenjara beberapa kali karena bertentangan pandangan dengan ahli agama yang lain.

Pada awal tahun 1293 beliau berkonflik dengan pihak penguasa tempat karena membantah hukuman agama kepada seorang Kristian yang dituduh menghina Nabi Muhammad. Pada tahun 1298 beliau dituduh menyebarkan faham anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia denganTuhan) dan karena mempersoalkan ilmu kalam.

Beliau meimpin barisan pertahanan ketika penyerangan Mongol kepada Damsyik pada tahun 1300. Pada tahun berikutnya, Ibnu Taimiyah berhadapan dengan polemik dengan (1) Syiah Kasrawan di Lebanon, (2) aliran Sufi Rifa'i, dan (3) aliran ittihadiyah yang berasal dari ajaran Ibnu Arabi, yang beliau anggap menyesatkan.

Pada tahun 1306, Ibnu Taimiyah dipenjara di Mesir selama 18 bulan karena dituduh menyokong faham anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia dengan Tuhan). Beliau dipenjara kembali pada tahun 1308 untuk beberapa bulan.

Ibnu Taimiyah menghabiskan 15 tahun terakhirnya di Damsyik bersama murid-muridnya. Seorang muridnya yang terkenal adalah Ibnu Qayyim. Pada bulan Agustus 1320 hingga Februari 1321, Ibnu Taimiyah dipenjarakan di Damsyik karena menyokong doktrin tentang talak (talak tiga boleh dilakukan dengan satu talak).

Pada bulan Juli 1326, kerajaan Mesir sekali lagi mengarahkan beliau dipenjara karena beliau terus mengutuk tradisi melawat kubur orang alim. Beliau meninggal dunia di dalam penjara di Damsyik pada malam senin 27 September 1328 ketika berumur 65 tahun. Beliau dimakamkan di Damsyik berdekatan dengan kubur ibunya.

Ibnu Taimiyah terkenal dengan daya ingatannya yang kuat dan ilmunya yang seperti sebuah ensiklopedia.

Sumber Wikipedia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

wilujeng ngawangkong